geramnya hari ni... baju pengawas, tudung pngawas, bju prep, bju batik, tudung hitam lagi yg smua aku dah iron, KEDUT BALIK! sebab jatuh dari penyidai yg aku sangkut dalam bilik iron! waaaa.... sabarlah wahai cik hati... penat tao. sudahlah iron berat! smua penyidai tu pnya pasai. putuih pulak... *salahkan pnyidai pulak! apesal ko sangkut kt situ, hidayah oiii! okey, salah sendiri. dh tao pnyidai tue tunggu masa ja, awat pi sangkut! huwwaaa...
tapi, lepas tu mood elok balik sbb baca novel yg sangat.... sangat.... sangat... BEST! credit to kak madihah. tue novel diaa.. thanx!
AWAK SUKA SAYA TAK? wah... soalan... hamboihh..
Novel ini (menurut penulisnya) bukan novel Islamik, tetapi banyak sekali ciri-ciri keislaman ditulis, didedahkan dan dikongsi bersama. Bestnya!
Kisah cinta. Tentulah kisah cinta. Tetapi kecintaan terhadap Islam itu mengatasi cinta sesama mereka sehingga watak utama Intan Zulaikha begitu sengsara dan bersalah kerana dia menjadi punca kepada kesilapan terhadap agamanya. Setidak-tidaknya itu juga yang aku turut rasakan.
Kisah INTAN yang bertemu dengan seorang lelaki Cina bernama Damien sejak
di bangku sekolah, terpisah kemudian bertemu semula 8 tahun kemudian.
Damien sudah menjadi Hilman. Memeluk Islam kerana Islam itu sendiri.
Tanpa paksaan. Malah keluarganya menjadi penyokong kuatnya, dan hubungan
kekeluargaan mereka terus utuh walaupun hanya Hilman yang Islam.
Pertemuan semula mereka sungguh mengasyikkan. Bagi pembaca yang tidak
suka novel jiwang, pasti meluat baca. Tapi jiwang yang disulami
peringatan dan pesanan serta perilaku teruna dara yang ketat dibatasi
hukum dan ajaran Islam, sangat menarik untuk dibaca.
Kedua-dua teruna dara ini berada dalam keluarga yang mewah lagi ternama.
Tetapi sikap merendah diri dan bersopan sangat menarik untuk dijadikan
contoh sehingga kita merasa, alangkah beruntungnya mereka ini. Kaya,
cantik, hebat, bertuah, berpelajaran tinggi... dan segala yang baik dan
hebat.
Hilman memiliki resort di Terengganu (hampir 90% cerita dalam novel ini
berkisah dari resort ini) dan Intan tinggal di resort tersebut bagi
mengendali suatu program khas universitinya. Hilman menjadi pengurus
sekaligus pengajar untuk menunggang kuda. Banyak sekali cerita tentang
kuda dikisahkan. Sehinggakan kisah kuda beranak pun diceritakan.
hahahaha... !Best! (Penulis ada pengalaman belajar menunggang kuda)
Cinta mereka terus dipupuk di sana. Sungguh mengasyikkan.
Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.
Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.
Teks dia pendek-pendek. Perasaan seorang INTAN itu sungguh mengagumkan.
Bila masuk pertengahan ada sedih pula.
Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!
Bila masuk pertengahan ada sedih pula.
Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!
hilman yong digambarkan sbgai Daniel Henney. intan zulaikha digambarkan sebagai Hana Tajima.
p/s: novel ni mesti kena beli! Beli! tak beli pun tak apa... haha.. saja nk gertak. best! 35.00 rengget SAHAJA! haha. kering dompet aku.
lepas nie nak cari lah novel tue...saya dah follow adik nanti follow back yer...salam perkenalan di alam maya yer
ReplyDeletehehe. cari2.. gerenti best! thanx sbb follow.. saya dh follow akak.. :D
Deletenama kite same !!!!! XD
ReplyDeletehaha.. kmi dh bce novel tue. #bukan baca pon, kawan yg crite# hee.. tapi kiranya dah tahu la jalan crite tu.. hihi. best la juga XD
ReplyDeleteDaniel Henney dengan Hana Tajima memang nampak mcm serasi jeee . Hahaa :D
ReplyDelete